ShareTogether: July 2013

Tuesday 30 July 2013

Lampu Bertema Dalam Hutan (Video)

Pelbagai bentuk lampu yang terdapat di pasaran. Kebanyakkan lampu yang direka mempunyai rekaan yang tersendiri mengikut bentuk dan citarasa pelanggan. Namun pernahkah anda terfikir wujudnya lampu yang membawa kita ke dalam suasana seperti dalam hutan. Lampu ini ternyata sangat menarik dan berbaloi untuk dipasang dalam ruang bilik di rumah. Cuba tonton video di bawah.

Lampu kreatif direka oleh Thyra Hilden dan Pio Diaz … projek bayang-bayang pokok-pokok ke dinding bilik tidur anda. “Forms in Nature” chandelier mengubah mana-mana bilik ke dalam dalam bentuk bayang-bayang hutan yang indah.


Saturday 27 July 2013

Boikot Filem Komunisme 2

Sudah tengok trailer filem The New Village ?
Kenapa orang ramai kurang senang dengan filem ini??
Berikut sedikit mengenai apa yang ada dalam trailer tersebut :

1. Benarkah seperti gambaran, orang Cina pada zaman itu penoreh getah dan rata-rata miskin dan hidup melarat?

Boikot Filem Komunisme

Sejak akhir-akhir ini makin banyak isu yang kurang menyenangkan timbul dalam negara kita. Isu itu bukan lah membabitkan hal ekonomi atau politik tetapi isu perkauman.
Tidak kira anda penyokong bendera mana tetapi yang pasti kita semua tidak suka akan kekacauan.
Isu-isu ini timbul seperti ada pihak yang merancang sesuatu.
Kini di jangka pada 22 Ogos 2013 akan di tayang kan sebuah filem yang di beri tajuk 'The New Village'.

Kenali Kuih Muih

Di bulan Ramadhan ni pasti ramai yang terliur saat ke bazar Ramadhan kerana tergoda oleh pelbagai juadah yang di jual.



Pasti juga banyak pilihan jenis kuih di sana. Tapi sejauh mane kita kenal dengan nama-nama kuih tersebut. Jom kenali kuih muih resepi orang kita.

Thursday 25 July 2013

Artya Son of Sound : Jam Tema Gitar

Hari ini mari lihat jam tangan yang diilhamkan sebuah gitar. ArtyA Son Of Sound mempunyai bentuk seperti kepala gitar lengkap dengan tombol berbentuk tuning key. Pada bahagian muka terdapat rekaan seperti tali gitar dan F Hole yang diperbuat daripada emas dan titanium. peace yaols..

Wednesday 24 July 2013

Cara Untuk Bernafas dalam Jerebu

Guna cara ni pasti tidak kisah lama mana jerebu melanda, pasti tiada masalah. ^_^


Pasir Pantai Berwarna Hijau

Berada di pantai merupakan satu peluang yang tidak perlu disia-siakan terutama apabila kita bersama dengan orang yang tersayang. Selain dapat menghidup udara, suasana di pantai memang cukup cantik terutama di kawasan-kawasan pesisir pantai pusat pelancongan. Secara fitrah, kita melihat pasir adalah berwarna putih kehalusan, bagaimana pula jika pasir tersebut berwarna hijau? Rasa unik bukan? Jom layan gambar pasir yang berwarna hijau di bawah ini.

Tuesday 23 July 2013

Kebakaran Hutan dan Ladang di Indonesia

Baru-baru ini negara di landa fenomena jerebu yang menyebabkan beberapa tempat terpaksa di istihar darurat akibat kenaikan mendadak indeks pencemaran udara.
Ianya di kesan berpunca dari pembakaran terbuka di negara Indonesia.

Monday 22 July 2013

Pencabar W.A.R.I.S

Sekarang famous sangat dengan lagu dialek Negeri Sembilan dari W.A.R.I.S tu. Rembau Most Wanted tajuknya.
Boleh di katakan setiap radio akan memainkan lagu tu.

ini la penyanyi kepada Rembau Most Wanted
Tapi dalam diam W.A.R.I.S sudah ada pencabar. Dari utara pulak tu.hehe..
Jom kita layan video klip dari mereka.

Friday 19 July 2013

Imam Solat Tarawih


Salam Ramadhan buat semua umat Islam. :D 

Pastinya ramai yang mengejar pahala berganda ibadat di dalam bulan yang mulia ini. Tidak tertinggal ibadah solat sunat Tarawih yang hanya pada bulan Ramadhan.
Pasti kebanyakkan masjid yang menjemput imam-imam dari luar untuk mengimamkan solat sunat Tarawih itu.

Ada yang dari Pattani, Makkah dan banyak lagi. Sedar atau tidak ia sudah seakan menjadi kelaziman di bulan Ramadhan ini.
Tetapi mengapa kita tidak sahaja melantik dari kalangan kita untuk mengimamkan solat tersebut?

Negara kita juga ramai dari kalangan Tahfiz. Sekadar berkongsi pendapat.
Salam Ramadhan.

Tuesday 9 July 2013

Arca di Hasilkan Dari Volkswagen Beetle

Ini ialah arca sfera dan bongkah yang dihasilkan oleh artis indonesia Ichwan Noor. Beliau menggunakan dua buah Volkswagen untuk menghasilkan arca di bawah.

Ferrari Sedan Pertama


Dengan keadaan badan kereta yang penuh dengan karat dan ada bahagian yang sudah mula berkulat, pada pandangan pertama, kita mungkin tidak akan tahu bahawa kenderaan tersebut merupakan kenderaan berjenama Ferrari pertama dengan 4 tempat duduk.

Pen Bernilai RM210,000 Sebatang

Ini adalah pen Pen Rollerball Limited Edition Montegrappa Chaos dengan emas 18K yang dijual dalam Amazon. Go get it! 


Basikal Chopper Pasang Sendiri

Basikal pasang siap yang dihasilkan oleh Jurgen Kuipers, seorang artis yang berasal dari Belanda. Basikal ini menggunakan konsep pasang sendiri seperti figura GUNDAM dan kereta TAMIYA, dimana basikal ini boleh dibeli dan dipasang sendiri oleh si pembeli. sungguh ohsem. Permainan pasang siap tahap ibubapa..

Basikal Dengan Handle Tanduk

Moniker ialah pemegang tangan basikal yang diperbuat dari tanduk rusa. Rekaan Taylor Simpson seorang pelajar dari Brooklyn.

#Nak RARE lain dari yang lain, beli

Reka Bentuk Basikal Tanpa Fork

Ini adalah reka basikal ala - ala futuristik dimana fork (tempat sambungnya bahagian handle basikal dengan tayar depan) tidak disertakan dalam rekaan basikal ini.

Wednesday 3 July 2013

Irama Malaysia / Etnik Kreatif (Video)

Sudah lama tidak kedengaran di mana-mana corong radio memainkan lagu irama malaysia seperti ini.
Lagu-lagu seperti ini cukup indah bait-bait liriknya berbanding kebanyakkan lagu sekarang.
Siapa sangka hanya kerana gendang sudah boleh menjadikan sebuah lagu yang indah.

Noraniza Idris

Hukuman Wanita Kuat Membebel Kurun 16

Dari kurun ke-16 hingga pertengahan kurun ke-19, Scold's Bridledigunakan di United Kingdom bagi menghukum wanita yang kuat membebel dan mengumpat. Rekod sejarah menunjukkan Scold's Bridle mula digunakan pada tahun 1567 di Scotland. Alat hukuman ini terdiri daripada dua bahagian. Bahagian pertama adalah plat mulut berduri yang dimasukkan ke dalam mulut. Kehadiran plat berduri ini menghalang pesalah yang dihukum dari bercakap dan makan. Bahagian kedua pula mengunci plat berduri ke kepala pesalah. Scold's Bridle juga dikatakan digunakan ke atas wanita yang dituduh mengamalkan ilmu sihir. Kali terakhir alat ini digunakan ialah pada tahun 1856 di Lancashire England.

Lelaki Angkat Tangan Lebih 38 Tahun

Apabila kita mengangkat tangan ke atas, sudah pasti dalam masa beberapa minit sahaja sudah merasai betapa lenguhnya sendi. Namun pernahkah kita terfikir dalam dunia terdapat seorang lelaki yang bertindak pelik mengangkat tangannya ke atas. Tindakan ini dilakukan adalah kerana kepercayaan terhadap agamanya sendiri. Bayangkanlah dirinya telah mengangkat tangan lebih 38 tahun. Sedangkan kita sendiri pun angkat sekejap sudah merasa lenguhnya..

Kem Tentera Bawah Tanah Terbesar Dunia

Pada zaman perang, kebanyakkan kem dan markas tentera terletak di bawah tanah bagi mengelak dari dikesan pihak musuh yang sering membuat tinjauan dari udara..Namun kini, taktik membina kem di bawah tanah telah dikembangkan pihak Tentera Sweden sehingga akhirnya mendapat jolokan kem bawah tanah terbesar di dunia..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..

Orang Pertama Mencipta Virus Komputer

Rekod Dunia Memakai 300 Seluar Dalam Sekali Gus

Kereta Ular BMW

Rak Buku Boleh di Ubah Pelbagai Guna

Apabila anda mempunyai rumah dengan ruang lantai yang kecil, perabut pelbagai fungsi ialah sesuatu yang perlu. Fusillo rekaan firma Itali AndViceVersa ialah sebuah rak buku boleh ubah yang juga boleh bertukar menjadi pencangkuk jaket, kunci dan juga basikal. Para-para Fusillo boleh diputarkan mengikut keperluan anda. Harga sebuah Fusillo ialah USD 360 (RM1084) sebuah dan didatangi dalam 3 pilihan warna.

Cara Orang Beratur Panjang di India

Di india kalau masa beratut perut tak sentuh orang depan memang cari nahas. Di malaysia kalau boleh mesti ada jarak 10 hasta, nampak perbezaan kan.