ShareTogether: Kota Hantu ( Ghost Town)

Saturday, 30 March 2013

Kota Hantu ( Ghost Town)

Kota Hantu atau 'Ghost Town' adalah bekas penempatan sesebuah komuniti penduduk yang pernah di diami dan di bina dengan kelengkapan prasarana kemudahan yang lengkap seperti sekolah, pasar raya, hospital dan sebagainya. Ada juga yang pernah dilengkapi dengan prasarana kemudahan yang termaju pada zaman itu.

Kini kota tersebut ditinggalkan kosong setelah belaku beberapa sebab dan penduduk meninggalkan kota tersebut tanpa membawa barangan mereka. Kota-kota tersebut kini semakin uzur 'dimamah' zaman dan semakin hari semakin menyeramkan.

Berikut adalah beberapa kota hantu didunia :

1.Kolmanskop (Namibia)




Kolmanskop adalah sebuah kota hantu di selatan Namibia, terletak di pendalaman dari perlabuhan Luderitz. Pada 1908, kota ini dipenuhi dengan penduduk yang berhijrah kerana mereka dilanda 'demam belian'. Kota ini dahulu kaya dengan berlian dan memandangkan berlian mempunyai harga yang tinggi dipasaran ketika itu, kota ini dapat membangun dengan pesat di lengkapi prasarana yang moden dan lengkap.

Setelah Perang Dunia Pertama tercetus, harga berlian menjunam dan penduduk semakin beransur meninggalkan kota ini. Kini hanya banggunan tua yang masih kukuh tetapi tenggelam ditelan pasir dan menjadi salah satu Kota Hantu.

2.Pripyat (Ukraine)




Terletak di utara Ukraine, merupakan sebuah kota yang dibangun bagi pekerja loji nuklear Chernobyl Power Plant. Kota yang lengkap prasarana termoden ini ditinggalkan pada 1986 setelah bencana Chernobyl yang mengorbankan 50000 orang.

Sehingga kini kesan 'radioactive' masih ada di kawasan terbabit. Pripyat juga pernah dijadikan lokasi utama dalam sebuah permainan video 'Call of Duty (COD)'.

3.San Zhi (Taiwan)



Di utara Taiwan. Pada awalnya dibangunkan untuk resort mewah bagi golongan elit dengan konsep rekaan masa depan. Akibat dari krisis kewangan, projek ini terpaksa di hentikan dan hingga kini semakin ditinggalkan. Kini beberapa bangunan yang siap dibina kian uzur dan ada khabar yang menytakan kota ini didiami oleh roh orang mati. Maka kerana itulah kota ini semakin dilupakan.

4.Gunkanjima (Jepun)



Sebuah pulau yang terletak 15 kilometer dari Nagasaki yang berbentuk kapal perang. Pernah terkenal dan dilengkapi kemudahan moden kerana perusahaan arang batu suatu ketika dahulu. Kini ditinggalkan kosong dengan segala barang masih terdapat disana. Mempunyai apartmen, sekolah, pasar raya sehingga penduduk suatu ketika dahulu tidak perlu ke tanah besar untuk dapatkan bekalan.

5.Agdam (Azerbaijan)



Pernah didiami seramai 150000 orang kosong akibat konflik peperangan suatu ketika dahulu.
Kota ini dikhabarkan dimusnahkan oleh satu pihak askar sebelum mereka meninggalkanya dalam keadaan yang menyayat hati.

Begitulah beberapa Kota Hantu yang terdapat didunia. Sesetengah ada yang mengelar sebagai Kota Mati. Walaubagaimanapun masih terdapat beberapa Kota Hantu di seluruh dunia dan antaranya di China(Kowloon Walled City), Siprus(Famagusta), Rusia(Kadykchan) dan banyak lagi.

*klik gambar untuk zoom

No comments:

Post a Comment