ShareTogether: April 2013

Tuesday 30 April 2013

Motosikal Elektrik Rekaan Klasik


Orphiro ialah motosikal elektrik. Rekaan motosikal ini mempunyai sentuhan klasik motosikal 70an tetapi masih kelihatan moden. Motosikal yang diperkasakan motor 75 Volt ini mampu memecut sehingga120 KMJ dan mempunyai jarak penggunaan sehingga 100 kilometer. Harga sebuah Orphiro bermula dari USD 70 000 (RM210 000) sebuah.

Monday 29 April 2013

Antara Artis Malaysia yang Pernah Menjadi Mak Nyah


Sunday 28 April 2013

PenDrive Made in China

Negara China memang terkenal dengan pelbagai barangan inovasi mereka.
Dari yang ciptaan sendiri hinggalah ke ciptaan tiruan. Kali ini jom tengok Pen Drive made In China :D


Thursday 25 April 2013

Kemalangan Lumba Lari 100 Meter Yang Menyakitkan

Kita layan ja gambar-gambar ni..
^_^



Zoo Berbentuk Bahtera Nabi Noh

Rodolfo Almira, Reniel Aguila, Osmar Oliva, dan Manuel Guerra ialah empat penganut kristian yang alim. Mereka percaya kisah Bahtera Nabi Noh bukan sebuah fiksyen tetapi fakta sejarah. Oleh itu mereka mahu membina sebuah zoo mini bernama Hidden Ark berbentuk bahtera di Miami Florida. Bahtera sepanjang 500 kaki ini bakal memuatkan haiwan seperti yang digambarkan di dalam Injil. Mereka memerlukan USD 1.5 Juta (RM 4.5 Juta) untuk menyiapkan bahtera ini.

Sekitar Interview Untuk Pramugari Penerbangan

China Airlines telah mengadakan satu sesi temuduga untuk mencari pramugari baru. Memang ramai gadis muda yang tampil untuk mencuba dan hanya yang terbaik akan dipilih. Dan pastinya yang comel, tinggi, dan mempunyai aura sahaja terpilih.


TROLL- A : Pelantar minyak Terbesar Dunia


Troll-A ialah pelantar minyak tertinggi dunia dengan ketinggian 472 meter dan mempunyai berat 1.2 juta tan. Ianya dibina pada tahun 1991dan siap sepenuhnya pada tahun 1996. Kaki Troll-A dibina dari konkrit dan dindingnya silinder konkrit gergasi ini setebal 1 meter.
Pada tahun 2010 Troll-A diperbesarkan lagi dengan penambahan satu lagi modul bagi memuatkan bilik kawalan dan tempat kediaman baru.



Wednesday 24 April 2013

Cara Nak Panjangkan Kaki


Kebanyakan wanita di Jepun mempunyai kaki yg pendek. Kini terdapat trend baru di sana dimana gadis² ini akan menjalani rawatan memanjangkan kaki selama 9 bulan. Rawatan ini dikatakan boleh memanjangkan kaki sehingga 8 sentimeter. Keseluruhan rawatan termasuk 2 pembedahan menelan belanja US$ 30,000.



Tuesday 23 April 2013

Tatacara Senaman di Rumah ^_^



Kepada yang masih belum ada alatan senaman tu kena la dapatkan segera hehe...

Lelaki Kekal Hidup Selama 13 Tahun dengan Mesin Dialisis sendiri

3 kali seminggu Hu Songwen dari China akan duduk didalam bilik air kecil di rumahnya dan menjalankan dialisis menggunakan mesin yg dibuatnya sendiri. Beliau yg mengidap penyakit buah pinggang membuat mesin dialisis itu menggunakan peralatan dapur dan peralatan hospital lama kerana sudah tidak mampu untuk menampung bayaran kepada pihak hospital. Beliau sebelum ini mendapatkan rawatan di hospital, setelah 6 tahun beliau kehabisan wang simpanan. Kerana nekad untuk terus hidup, beliau berusaha mencari peralatan dan membuat mesin itu sendiri.


Monday 22 April 2013

Guns Fair: Expo senjata di Amerika Syarikat

Jika di Malaysia kita cukup sinonim dengan PC Fair.
Dengar saja berlangsungnya PC Fair pasti berlumba-lumba kita ke sana. Tapi lain pula di Amerika Syarikat, mereka menganjurkan Gun's Fair.
Pelbagai jenis senjata boleh di peroleh di sini

Akuarium Terbesar Dunia

Akuarium ni terletak di Atlanta, Georgia. Menempatkan lebih 120,000 ekor haiwan yang terdiri dari 500 jenis spesis.
Ukuran luas akuarium 12,000 kaki persegi, yang menampung 8.5 million gallon air.
Kos pembinaan menelan belanja US$290 million. Idea untuk membina akuarium ni adalah dari Bernard Marcus dan beliau menderma sebanyak US$250 million untuk pembinaan.


Jom melawat akuarium tu...

Kereta Polis Malaysia

Kali ni kita tengok pula kereta polis Malaysia.
Masih belum dapat di pastikan sama ada benar atau tidak tapi kalau benar pun apa salahnya.

Saturday 20 April 2013

Wajah Orang Korea Sebelum dan Selepas Bedah Plastik

Kali ni kita tengok jap wajah-wajah warga Korea yang kini di puja-puja oleh segelintir gadis dan jejaka di Malaysia. Mungkin ada yang dah tahu bahawa majoriti wajah warga Korea adalah bukan yang asli.
Ini termasuklah artis-artis K-Pop yang di minati tu. Tak kira la artis lelaki atau wanita, boleh di katakan mereka semua telah menjalani pembedahan plastik.


Thursday 18 April 2013

Gwiyomi Malaysia





Tuesday 16 April 2013

Makanan Paling Menjijikan


Manusia lahir dengan sifat ingin tahu yang mendalam. Rasa ingin tahu itu juga termasuk dalam bab-bab pemakanan. Contohnya, seperti gambar-gambar makanan yang sangat menjijikkan di bawah.

1. Balut (Filipina/Cambodia)


Telur-telur ini sengaja dibiarkan hingga embrio di dalamnya mulai wujud. Kemudian dimasukkan ke dalam air mendidih.

Monday 15 April 2013

Evolusi Kereta

Jom lihat beberapa jenis kenderaan yang mengalami proses evolusi. Memang menarik dan pasti terpikat. Walau apa pun jangan lupa pada buatan tempatan. Sekurang-kurangnya ada jenama sendiri. :D



Setelah Preve di lancarkan,Kini keluar pula rekaan cukup elegan Suprima S

Yang ini pula evolusi kereta dari jenama lain.

Bahagian Dalam Istana Disney



Sebut pasal Disneyland mesti terbayang istana yg cantik yg menjadi idaman kanak². Mmg menjadi keinginan semua kanak untuk pergi ke Disneyland. Apakah yg terdapat didalam istana Disneyland itu?

Kereta Peronda Berprestasi Tinggi Pasukan Polis

Jika Polis Di Raja Malaysia menggunakan Mitsubishi Evolution 10 sebagai kereta peronda lebuh raya, negara lain juga tidak terkecuali untuk menggunakan beberapa jenis kenderaan prestasi tinggi sebagai kereta peronda lebuh raya mereka.


yang ni Polis Malaysia punya..:D

Jom kita lihat kereta prestasi tinggi Polis dari negara lain

Kad Kredit Paling Mahal Dunia




Sberbank-Kazakhstan, sebuah bank di Kazakstan telah mengeluarkan kad kredit Visa yang didakwa termahal di dunia! Kenapa termahal di dunia?

Sunday 14 April 2013

Cara "Terbaek" Pelajar Jawab Ujian

Apabila otak menjadi beku ketika menjawab soalan ujian dan masa pula semakin suntuk, pasti akan timbul secara spontan untuk menjawab apa yang terlintas di fikiran.
Berikut adalah bagaimana seseorang individu menjawab soalan ujian ketika otak menjadi beku.


Devil's Swimming Pool : Kolam Paling Menyeramkan

 Sesuai namanya Devil's Swimming Pool, kolam renang ini dikatakan sebagai yang paling berbahaya di dunia. Devil's bukanlah buatan manusia tapi merupakan kolam air semulajadi di air terjun terbesar yang terletak di perbatasan Zimbabwe dengan Zambia.

Saturday 13 April 2013

Seni Susunan Duit Syiling yang Sangat Kagum

Sangat kreatif. Ini adalah susunan duit syiling yang memang mengagumkan.
Jom kita lihat


Friday 12 April 2013

Moment Fail ketika David Beckham Jatuh

Siapa tidak kenal dengan bintang bola sepak antarabangsa ini, David Beckham.
Beliau terkenal dengan aksi lincahnya ketika dipadang.
Ketika berkunjung ke pusat latihan Wuhan Zall di China Mac yang lalu, beliau diminta untuk memperagakan aksi sepakan beliau dan secara tidak diduga ini yang terjadi


Thursday 11 April 2013

Gambar Poster Iklan Zaman 1970 -1980

Iklan merupakan salah satu cabang bagi mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan kepada umum.
Pada zaman kini pelbagai jenis iklan dapat di lihat dan ia semakin kreatif dari semasa ke semasa.

Apapun jom lihat gaya pengiklanan di Malaysia pada tahun antara 1970-1980.


Tuesday 9 April 2013

Kempen Mari Mengundi Pertama di Malaysia

Sekarang ni semua sudah berada dalam 'mood' pilihan raya.
Malaysia mula mengundi pada tahun 1955 dan ketika itu masih lagi Tanah Persekutuan Melayu.
Setelah 2 tahun parlimen di bentuk barulah Tanah Persekutuan Melayu merdeka.

Seperti biasa setiap kali tiba hari untuk mengundi, pihak berwajib akan berkempen, bukan untuk parti tetapi untuk rakyat Malaysia supaya ramai-ramai keluar mengundi tunaikan kewajipan pada negara dengan memilih calon yang di sukai oleh individu sendiri.

Apapun jom tengok video kempen keluar mengundi yang pertama kali di Malaysia (1955)


7 Perangkap Semasa Belajar





Kali ni kita motivasi sikit.
Ini pesanan dari Prof. Dr. Muhaya atau lebih famous dengan Dr. Mata ( sendiri letak ), katanya dalam semasa kita menuntut ilmu, ada 7 perangkap yang tak semua kita sedar. Antaranya ialah

Monday 8 April 2013

Merak Putih

Pernah lihat burung merak? tetapi pasti jarang dan susah untuk melihat merak yang berwarna putih.
Amat unik dan ganjil merak yang berwarna putih kerana tidak mudah di jumpai.
Jom lihat merak putih


Koleksi Senjata Api Milik Saddam Hussein??

Berikut adalah beberapa keping gambar senjata api yang di dakwa milik Saddam Hussein. Sejata api ini di temukan ketika operasi oleh tentera Amerika Syarikat.
Semua senjata api ini di perbuat dari emas.
Walaubagaimanapun, sejauh mana kebenaran hal ini masih lagi belum pasti.


Tikus Gergasi


Shi Beidan melihat seekor tikus yang saiz tubuhnya hampir menyerupai anjing kecil di dapurnya. Shi akhirnya menangkap tikus itu dan memberinya bambu sebagai makanannya. Dan saat ini, Shi sudah memiliki 2 ribu ekor tikus raksasa itu.

Di kediamannya yang terletak di Provinsi Guizhou, China, Shi memutuskan untuk beternak tikus buluh. Tikus-tikus itu pun dijual ke pasaran. Demikian, seperti diberitakan Daily Mail, Khamis (20/12/2012).

Sunday 7 April 2013

Apa Yang Jadi Pada Gajah Mati di Afrika?

Perkara ini terjadi di Afrika apabila mereka menemukan bangkai gajah mati.
Semua penduduk kampung pendalaman setempat akan ramai-ramai ke bangkai gajah tersebut dan...


Teksi Seluruh Dunia

Puno,Peru


Kolam Renang di China

Selain dari pantai atau air terjun, kolam juga di jadikan sebagai kawasan riadah untuk sekeluarga. Di China, kolam renang menjadi tumpuan terutama musim panas.
Jom tengok keadaan Kolam Renang di China apabila tiba musim panas.


Saturday 6 April 2013

Haiwan Yang Paling di Benci di Dunia

Setiap individu pasti ada jenis-jenis haiwan yang di takuti tidak kira haiwan kecil atau besar. Kali ini jom kita lihat beberapa haiwan yang paling di benci oleh manusia di dunia.

1.Kutu Rambut



Friday 5 April 2013

Wanita dan Teknologi

Tidak ramai antara kita yang kenal dengan wanita-wanita yang berjaya dalam dunia teknologi.
Mereka ini sememangnya di segani atas pencapaian mereka.

1.Marissa Mayer


Jawatan Marissa bukan sembarangan, ia adalah Vice President of Location and Local Services di raksasa internet Google. Penampilannya yang menawan membuat Marissa pernah jadi Women of The Year 2009 versi Glamour Magazine. Lulusan Stanford University ini juga masuk 50 wanita paling berkuasa di dunia versi majalah Fortune.

Air Terbelah Menjadi Laluan??

Ia kelihatan seperti kisah Nabi Musa AS yang mana telah membelah Laut Merah menjadi laluan. Laluan ini di cipta di sebuah negara di Eropah.
Jom tengok gambar laluan ini.
Lokasi : unknown



Tom & Jerry Dunia Nyata

Pastinya semua sudah mengenali watak animasi Tom cat & Jerry mouse. Kartun animasi ini telah lama bertapak di dunia penyiaran sehinnga kini masih bertahan dan di gemari. Tom & Jerry sentiasa bemusuhan dan ada suatu ketika mereka berkawan.
Kali ini beberapa keping foto yang memperlihatkan aksi kucing dan tikus ini seakan watak Tom & Jerry.
Jom tengok Tom & Jerry di Dunia nyata


Thursday 4 April 2013

Pesawat Peribadi Jackie Chan

Salah satu kerjaya yang menjadikan anda seorang yang kaya dan dapat hidup mewah adalah menjadi seorang selebriti. Ramai artis kini yang hidup mewah hasil dari bakat seni mereka.
Juga tidak terkecuali artis yang terkenal dengan aksi 'stunt' ini. Jackie Chan di khabarkan telah membeli sebuah pesawat peribadi beliau pada Februari 2013 yang lepas.


Wang Kertas Sungai Buloh

Berikut adalah wang kertas Sungai Buloh yang pernah digunakan suatu ketika dahulu.


Wednesday 3 April 2013

Gaya Posing Popular Perempuan

Ramai wanita kini yang gemar memuat naik gambar-gambar mereka ke laman-laman sosial.
Dan jika ada yang perasan gaya mereka bergambar adalah hampir sama dengan yang lain.
Berikut adalah beberapa gaya aksi mereka yang paling gemar dilakukan ketika bergambar.

1. Peace Style


Anjing Yang Setia (video)





Anjing Penjaga Basikal Tuannya - Seekor anjing jenis Golden Retriever tampil menjadi selebritis baru di China, kerana anjing itu selalu menjaga basikal milik tuannya. Luo Wenchong tidak perlu membeli sebuah kunci basikal kerana anjing yang bernama Li Li selalu berjaga-jaga di depan basikalnya ketika Luo meninggalkannya.

Sama Tak Wajah Mereka

Beraneka kisah kartun yang kita tonton dan sedar atau tidak terdapat wajah mereka yang hampir sama dengan watak kartun ini.
Berikut adalah beberapa wajah manusia yang hampir sama dengan karakter kartun .


 Dora The Explorer

Maksud di Sebalik Bunyi Hon

Jangan ingat hon di bunyi secara suka-suka, hon juga ada maksud yang tertentu..
Jom ketahui maksud hon







Inilah  al-kisah tentang bunyi 'hon' kenderaan...
Kalau  korang semua ingat hanya kuntuman bunga jer yang ada maksud disebaliknya, korang  silap!!! Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang  berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?

Apa yang Mereka Tengok??

Macam ada sesuatu ja yang best..hehehe

Tuesday 2 April 2013

Any Comment About Them?? :D

Pernah tonton aksi Gwiyomi? Jom lihat di sini

Gurun Terbesar Dunia

1. Gurun Sahara, Afrika Utara

Merupakan gurun terbesar di dunia dengan keluasan melebihi 9,200,000km² persegi yang merangkumi sebahagian besar Afrika Utara dan hampir sama besar dengan Amerika Syarikat atau Benua Eropah.

Monday 1 April 2013

Subjek Aneh di Universiti

1. Ilmu Pengetahuan Harry Potter - di Frostburg State University


Bagi para pecinta novel kanak-kanak ini, anda boleh mengikuti kuliah di Frostburg State University dengan kelas "Sains Harry Potter." Tujuan kuliah ini adalah untuk mengetahui dan menganalisis berbagai kejadian magis di dalam buku JK Rowling, dan menjelaskan berbagai kejadian yang ada melalui prinsip-prinsip fizik. Jika anda menyangkakan kelas ini tidak mendapat sambutan, anda salah kerana, kelas ini menarik perhatian antarabangsa, bahkan sampai ke China dan Australia. Profesor Fizik George Plitnik adalah orang di sebalik idea ini, dan berkat kelas 'ajaib' ini, namanya sekarang dikenali global.