Sberbank-Kazakhstan, sebuah bank di Kazakstan telah mengeluarkan kad kredit Visa yang didakwa termahal di dunia! Kenapa termahal di dunia?
Kos untuk memiliki kad ini sahaja dah $65,000 dan pemilik harus memiliki minimum $35,000 di dalam akaun bank. Jadi total kena ada $100,000 lah. Pemilik kad ini jugak akan dikenakan yuran tahunan sebanyak $2,000.
Pemilik kad ini tidak akan dikenakan late payment fees kalau bayar lambat. (Tahukah anda di Amerika sahaja, late payment fees ini sahaja memberi bank keuntungan sebanyak $29.5 bilion pada 2011?) Antara benefit lain kepada pemilik kad ini ialah termasuk insurans nyawa dan kesihatan bernilai lebih $250,000 dan percuma iPhone 5! Haha
Bank ini bukan bank pertama yang menawarkan kad mewah sebegini. J.P Morgan pun ada. Nama dia Palladium Card yang diperbuat daripada 23 karat emas dan palladium – satu mineral yang lebih mahal sari nickel gold. Pemilik kad Palladium mestilah membelanjakan sebanyak minimum $250,000 setahun. Antara faedah dia yang power ialah kad itu TAKKAN BOLEH DI DECLINE.
Di Dubai, UAE, Dubai First Bank pun ada menawarkan kad yang diperbuat daripada emas dan berlian. Kad itu TIADA CREDIT LIMIT, tiada yuran tahunan.
No comments:
Post a Comment