Filem yang menjalani pengambaran sekitar Taiping, Perak ini menampilkan Marsha sebagai pelakon utama dan turut disertai oleh Nasir Bilal Khan, Eman Manan & beberapa nama besar yang lain. Apakah impak awal dengan menjadikan watak Marsha sebagai simbol seks mampu memberi keuntungan yang maksima buat filem ke 2 hasil arahan pengarahnya iaitu Ismail Yaa’cob? Hal ini pasti satu cabaran yang hebat buat pengarah ini apatahlagi tiada nama-nama komersial didalam filem arahanya kali ini.
“Saya tahu penerimaan penonton terhadap filem tempatan kini semakin merosot dan situasi ini tidak boleh kita nafikan. Tapi bagi saya dan juga penerbit, kami sukakan cabaran seperti ini dan kami mempunyai keyakinan dan juga kepakaran untuk memastikan filem Laga ini akan diterima ramai.” Ujar Ismail Yaa’cob
No comments:
Post a Comment