ShareTogether: KL Gangster 2 Full Movie

Sunday 1 September 2013

KL Gangster 2 Full Movie


Tonton Trailer : KL Gangster 2 Trailer HD

Sinopsis

Mengisahkan tentang kehidupan Malek, Jai, Zati dan Mak sebermulanya perjalanan mereka sebelum segalanya berakhir. Mak menghidap penyakit ketumbuhan di otaknya. Jai pula berhutang dengan Dragon. Malek pula terdesak hendak mendapatkan wang yang banyak untuk membayar kos perubatan maknya. Manakala, perebutan kawasan antara Tailung dan King semakin meleret. Tailung semakin berani sehingga tergamak mengganggu makan malam keluarga King. King terpaksa memujuk Malek untuk sarung baju dengannya.


King memerlukan Malek untuk menumpaskan keangkuhan Tailung. Manakala, Dragon pula semakin tidak sebulu dengan Tailung atas sikap angkuhnya. Dragon mengambil jalan selamat dengan mengambil Jai yang berhutang dengannya sebagai anak buahnya. Jai berkerja dengan Dragon kerana terhutang wang ringgit kepada Dragon. Malek pula semakin terdesak tatkala Padil memberitahu bahawa doktor memerlukan kos rawatan sebanyak 200 ribu ringgit dengan segera atau pembedahan tidak dapat dilakukan.

Akhirnya Malek bersetuju untuk membantu King untuk naik semula. King cedera ditembak di kaki oleh Tailung dalam satu pergaduhan di sebuah kelab malam. Malek datang membantu. Rentetan daripada itu, Malek terus melanggar semua taiko-taiko seluruh KL. Malek turut mengajak Ajib dan Shark untuk membeli senjata bagi melawan Tailung. Perang berlaku di pelabuhan Klang. Pergaduhan antara Malek dan Tailung berlaku di sebuah kilang. Jai yang telah bersumpah hendak membunuh Tailung dengan tangannya sendiri turut masuk campur setelah melihat dengan matanya sendiri bagaimana Tailung merogol adik perempuan kandungnya.

Kesudahannya?? Sama-sama kita saksikan di pawagam nanti…. Apakah Malek berjaya menumpaskan Tailung? Atau Malek yang tumpas????

TONTON KL GANGSTER 2 FULL MOVIE STREAM ONLINE HD : Watch Here

No comments:

Post a Comment