ShareTogether: Bajet 2014

Friday, 25 October 2013

Bajet 2014

Perdana Menteri Malaysia ke 6 sudah pun selesai membentangkan bajet 2014.
Ada yang menyokong ada yang merasa tidak adil dan ada yang hanya diam seribu bahasa. Walau apa pun Syukur Malaysia Masih Aman..hehe...

GST akan dilaksana pada 2015 agar dapat memberi penerangan secukupnya kepada rakyat tentang perlaksaan 6% GST itu. Saya tidak pandai tentang cukai-cukai..hehe

Subsidi gula dikurangkan sebanyak 34sen dengan erti kata lain harga gula di naikkan atas alasan utama rakyat Malaysia ramai menghidap sakit kencing manis atau diabetes..

Kuasa di tangan mereka.

Selain menaikkan harga gula rasanya kerajaan harus melaksanakan cara lain untuk mengurangkan rakyat mengambil gula dalam seharian. Mungkin dengan cara seperti ini


Kerajaan turut mengekalkan bantuan baucar buku untuk siswa serta bantuan persekolahan..Baucar buku RM250 dan Bantuan Persekolahan RM100..akan tetapi mungkin ramai tidak perasan mahu pun saya bahawa pada Manifesto PRU13 yang lepas kerajaan berjanji untuk memberi baucar buku sebanyak RM 300 dan bantuan persekolahan sebanyak RM 150..



akan tetapi ia tidak di laksanakan dan ramai antara kita yang lupa janji itu..Melayu Mudah Lupa..
 
Walau apa pun Syukur Malaysia Masih Aman..Peace!!

No comments:

Post a Comment