Rokok seludup?? hehe pasti ramai yang faham istilah rokok seludup ini rokok ini sebenarnya sama saja dengan rokok yang lain cuma beza ianya tidak dibayar cukai kepada kerajaan Malaysia dan harga jauh lebih murah dari rokok yang di bayar cukai. Kenapa banyak media mengatakan jangan membeli rokok seludup??
Salah satunya seperti di blog ini LINK
Ini pendapat saya..rokok umum mengetahui memang mengandungi bahan kimia yang berbahaya tetapi banyak media memperkatakan bahawa rokok seludup lebih membahayakan kesihatan dari rokok di bayar cukai?? secara fikiran budak-budak saya ambil faham mudah, mereka cuba mengatakan rokok dibayar cukai akan menyebabkan perokok mati sedikit lambat dari rokok seludup..huhuhu..
Kenapa saya cakap begitu?? kerana kebanyakkan artikel yang saya baca mengatakan rokok di bayar cukai mengandungi bahan kimia terkawal berbanding rokok seludup..Jadi apa beza?? tetap sama saja tetap mengandungi bahan kimia bahaya..lain la kalau dijamin rokok cukai mengandungi vitamin logik la juga kalau nak menghebahkan agar jangan beli rokok seludup.
Katanya kerajaan rugi RM berbilion akibat rokok seludup..kerajaan yang naikkan harga rokok jadi mahal atas alasan kempen henti rokok..sekarang bising rugi orang tak beli rokok cukai..mungkin kerajaan sangka perokok semua kaya raya..bila dah ada yang murah dan barang yang sama mesti la beli yang murah..bukan nak bela perokok tapi jika betul nak rakyat henti rokok tak usah la nak naikkan harga rokok..haramkan terus penjualan rokok. Jadi boleh la tumpu pada usaha banteras rokok seludup..ini tidak..harga naik bila orang tak beli suruh beli..pelik bukan..
Rugi akibat rokok seludup..adakah selama ini kerajaan bergantung hasil pada jualan rokok??
Pelik pelik..apa pun ini sekadar pendapat saya..Jalan terbaik adalah henti merokok..kalau nak beli rokok cukai atau seludup tak kisah lah..wang anda tapi pada perokok yang dah berfamily jangan la pulak rokok lebih diutamankan dari belanja family..dan pada perokok bujang pastikan ada pendapatan sendiri jangan la merokok pun guna duit orang lain..nak beli yang mahal atau murah terpulang..
Rokok cukai atau seludup tetap bahaya kesihatan..Peace!!
No comments:
Post a Comment