ShareTogether: Hormat

Monday, 2 December 2013

Hormat



Hormat sesama kita amatlah penting. Ia seolah memberi isayarat bahawa kita lebih menghargai, mendahulukan, mengutamakan pihak yang kita hormat itu. Seperti lazimnya muda hormat pada yang tua.
Tapi macam mana pulak andai yang tua sahaja mengharapkan hormat dari muda sedangkan yang tua langsung tiada adab hormat pada yang muda. Yang tua jika mengharapkan sesuatu yang baik dari yang muda seperti hormat, yang tua haruslah tauladan kan dahulu hormat itu. Bukan lah bermaksud yang tua harus tunduk bila berjumpa yang muda, tidak, cukup lah sekadar cara bercakap dengan penuh lemah lembut dan perilaku yang elok pada yang muda baru la yang muda rasa yang tua seperti ini lah harus seharusnya di hormat. Jangan harap yang baik dari orang jika kita belum cukup baik.
Sama la juga apabila kita berada di tempat tinggi, jangan la kita lupa pada yang bawah hingga hilang rasa hormat. Bukan kena bayar hormat tu, bila yang tinggi hormat dengan yang bawah, nescaya yang bawah akan rasa sangat di hargai dan yang bawah akan lebih bertambah hormat pada yang atas. Pernah seseorang berkata, yang atas jangan la tengok yang bawah macam kecik saja, yang atas kena ingat juga bahawa yang bawah bila tengok yang atas pun kecik juga sebab jauh sangat ke atas sebagaimana yang atas pandang jauh pada yang bawah. Dalam erti kata lain, kita ni sama saja tiada beza pun, hanya hormat kita pasti akan lebih saling menghargai apa yang di sekeliling. Jangan tunggu orang mula pada kita tapi kita mula dulu hormat pada orang.

No comments:

Post a Comment