ShareTogether: Boikot Filem Komunisme

Saturday 27 July 2013

Boikot Filem Komunisme

Sejak akhir-akhir ini makin banyak isu yang kurang menyenangkan timbul dalam negara kita. Isu itu bukan lah membabitkan hal ekonomi atau politik tetapi isu perkauman.
Tidak kira anda penyokong bendera mana tetapi yang pasti kita semua tidak suka akan kekacauan.
Isu-isu ini timbul seperti ada pihak yang merancang sesuatu.
Kini di jangka pada 22 Ogos 2013 akan di tayang kan sebuah filem yang di beri tajuk 'The New Village'.

Jalan penceritaan filem ini adalah berkisar tentang zaman penjajah di Tanah Melayu suatu ketika dulu.
Akan tetapi inti sari cerita filem ini yang membuat ramai orang tidak senang kerana filem ini mengangkat pihak komunis sebagai hero. Cukup hairan bagaimana filem ini boleh melepasi garis panduan penapisan filem Malaysia.

Mungkin ini yang dapat kita lakukan buat setakat ini dalam usaha pihak-pihak tertentu menyalakan api perkauman.




Hairan filem sebegini boleh terlepas dari Lembaga Penapisan Filem.
Sedangkan filem 'Tanda Putera'  perlu menjalani tapisan yang amat ketat untuk ditayangkan, walhal filem ini adalah berdasarkan fakta sejarah yang berkisar usaha Perdana Menteri ketika itu bagi memulihkan kembali perpaduan setelah peristiwa 13 Mei.
'Tanda Putera' siap pada 2011 dan pada asal di jadual di tayang pada 15 November 2012 tetapi di tangguh akibat desakan bahawa kuatir filem ini membawa mesej perkauman.


Filem yang berdasarkan fakta sejarah ini bakal ditayang pada sekitar Ogos ini. Hampir 2 tahun filem ini di tahan baru dapat di tayang berbanding filem yang memutar belit sejarah mudah saja di lepaskan.


Ini juga salah satu lagi filem sejarah yang di jangka untuk di tayangkan kepada umum pada akhir tahun ini.
Sedikit sipnosis tentang filem ini
"Filem yang mengisahkan perjuangan lima anggota Komando (Rejimen Gerak Khas) ditugas mengesan kedudukan gerila komunis yang merancang menguasai kedudukan strategik kawasan tengah Semenanjung Malaysia. Kawasan tengah semenanjung akan dijadikan lokasi menawan Malaysia dengan perjuangan bersenjata. Lima komando tersebut berjaya mengesan kem dan kedudukan musuh serta perancangan sulit mereka. Tetapi malangnya hubungan terputus akibat Set Komunikasi yang rosak. Tanpa bantuan pasukan tentera yang sepatutnya tiba, mereka bertempur melawan hampir 200 gerila.

Sebelum pertempuran bermula, setiap dari mereka telah menulis wasiat. Dipetik dari kisah benar yang diselongkar melalui Diari Misi Komando. Dahulunya merupakan Rahsia Sulit ATM dan kini dipaparkan untuk sama-sama kita fikir dan nilai sumbangan mereka.

Teraju utama filem ini ialah Remy Ishak, Beto Khushairy, Hattan, Fizz Fairuz, Zul Huzaimi, Shashi Tharam, Adam Corrie, Frenkey, Fran Peterson, Kamal Adli dan beberapa lagi."

Kekuatan filem Bravo Lima bergantung kepada gabungan pelakon dan aksi daripada 12 pelakon lagak ngeri yang di bawa daripada Singapura dan China. Sebanyak 65 hingga 70 peratus adalah aksi yang akan menggunakan khidmat 120 anggota tentera dari ATM sendiri untuk menjayakan filem ini.

Jadi wajarkah filem yang penuh dengan propaganda komunis (The New Village) di tayangkan?
Ayuh boikot filem yang menyokong komunis, bukan benci kaum tapi benci penjajah.
Banyak lagi filem yang memaparkan sejarah sebenar seperti Leftenan Adnan, Bukit Kepong, Sarjan Hassan.

Cintakan kedamaian, Benci persengketaan.




No comments:

Post a Comment