ShareTogether: Irama Malaysia / Etnik Kreatif (Video)

Wednesday 3 July 2013

Irama Malaysia / Etnik Kreatif (Video)

Sudah lama tidak kedengaran di mana-mana corong radio memainkan lagu irama malaysia seperti ini.
Lagu-lagu seperti ini cukup indah bait-bait liriknya berbanding kebanyakkan lagu sekarang.
Siapa sangka hanya kerana gendang sudah boleh menjadikan sebuah lagu yang indah.

Noraniza Idris
Jom kita hayati lirik lagu ini

Tinting

Nandung tuan gendang dipalu... ting ting
Ting ting dengan nandungnya tuan...
Tingkah rentak irama bertalu... ting ting
Tingkah rentak tingkah...
Nandung tuan gendang dipalu... ting ting
Ting ting dengan nandungnya tuan

Umpama permata
Bersinar semula
Selindung kian lama
Kembali menjulang cita

Titir canang titir gendang
Ku titir jelajahi
Mana jauh berpanggilan
Yang dekat berimbauan
Tingkah rentak irama bertalu... ting ting
Tingkah rentak tingkah...

( 1 )
Sapalah bayu ceriteranya budi
Khabar sebenar suratan kasih suci
Kenal riwayat tersirat bicara
Sentosa hendaknya
Sehingga hujung dunia

( 2 )
Nandung tuan gendang dipalu... ting ting
Ting ting dengan nandungnya tuan...
Tingkah rentak irama bertalu... ting ting
Tingkah rentak tingkah...
Nandung tuan gendang dipalu... ting ting
Ting ting dengan nandungnya tuan

Bertala suara
Bertingkah irama
Terdengar alunan
Berbaris teja di awan

Palu beduk palu tabuh
Ku palu khabar-khabarkan
Mana jauh sudah datang
Yang dekat sudah tiba
Tingkah rentak irama bertalu... ting ting...
Tingkah rentak tingkah... 


No comments:

Post a Comment